Expired : 18.06.18

Henti kempen utamakan produk Muslim di Pulau Pinang – KM

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow meminta supaya kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang yang dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lalu dihentikan kerana ia tidak produktif dan sia-sia.


Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen berkenaan, namun menegaskan ia tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.


“Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan tetapi jika ia masih aktif maka ia harus ditamatkan kerana ia tidak baik untuk ekonomi.


“Jika anda bercakap tentang mempromosikan produk Bumiputera, tiada siapa yang akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam maka ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya,” katanya selepas merasmikan persidangan In.Tech di Georgetown hari ini.


Kon Yew menegaskan, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.


“Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan bahawa ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat.


“Penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka perlu meneruskan kempen sedemikian,” katanya.


Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memulakan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama, membantu komuniti perniagaan Islam di negeri ini.


Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata, Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan salah sebuah bandar terbesar di utara.


Sumber: Bernama


The post Henti kempen utamakan produk Muslim di Pulau Pinang – KM appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop