Expired : 18.06.18

“Hey You, I Miss You…,”- BCL Muat Naik Foto Arwah Suami, Ashraf Sinclair… Raih 1 Juta Likes Selepas 3 Jam Dikongsi



Buat pertama kalinya, pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari memuat naik gambar arwah suami, Ashraf Sinclair di Instagram selepas Allahyarham  meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.



Foto tersebut kini telah mendapat satu juta tanda suka (likes) selepas dimuat naik tiga jam lalu.


Hey You, I miss you… Each and everyday…,” tulisnya ringkas.







Terdahulu, BCL berkongsi rasa syukurnya dapat berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta pada hari raya pertama.














Bunga Citra Lestari berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.


Foto: Instagram BCL