Expired : 18.06.18

Hidangan Warisan Melayu, Pilihan Sajian ‘Bawa Balik’ Hotel Maya Kuala Lumpur.Harga Memang Berpatutan!



Dalam situasi seluruh dunia berhadapan pendemik COVID-19, kebanyakan hotel mula merubah strategi dengan menawarkan makanan berbuka puasa untuk di bawa pulang berbeza dari keadaan sebelumnya di mana bufet Ramadan menjadi pilihan untuk menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang enak dan menyelerakan.





Chef Hasbullah dan kakitangannya menyediakan menu tradisi istimewa sebagai sajian berbuka puasa di rumah untuk Ramadan kali ini. Bertemakan Malaysian Heritage, hidangan autentik dan kegemaran masyarakat Malaysia bakal disajikan untuk dinikmati di rumah bersama keluarga tersayang.


Memahami situasi terkini yang melanda negara, menurut Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, Sharmini Moganasundram, tradisi berbuka puasa secara bufet tidak dapat dilaksanakan memandangkan situasi semasa. Namun begitu, Hotel Maya mengetengahkan menu istimewa warisan Melayu untuk dibawa pulang terutamanya untuk individu yang rindukan masakan air tangan ibu lantaran tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berbuka puasa bersama-sama.



Chef Hasbullah  sememangnya terkenal dengan masakan Melayu ini bakal menyediakan menu istimewa antaranya termasuklah set Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan banyak lagi.Setiap set turut disertakan dengan kurma sebagai pilihan untuk berbuka puasa. Selain set menu masakan Melayu yang ditawarkan, pelanggan boleh memilih seleksi menu ala carte yang menampilkan hidangan tempatan, barat dan hidangan Jepun. Penulis sendiri berpeluang menikmati hidangan set buka puasa amat menggemari hidagan Salmon Teriyaki kerana ia mempunyai rasa yang bertepatan dengan citarasa penulis!






Tidak lengkap tempahan bawa pulang tanpa hidangan pencuci mulut. Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan seleksi pencuci mulut terdiri daripada Bubur Pulut Hitam, waffle serta Chinese Pancake yang enak. Hidangan  Buka Puasa ini boleh ditempah untuk penghantaran ke rumah dari 5 hingga 23 Mei 2020.


Sebagai usaha membantu negara menangani wabak ini, Hotel Maya tidak melupakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan makanan untuk barisan hadapan yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain itu,Hotel Maya turut bekerjasama dengan MODA MALAYSIA (Malaysian Offical Designer’s Association) untuk sama-sama membantu menjahit pakaian perlindungan kesihatan atau PPE untuk barisan hadapan.


Hotel Maya berharap sumbangan kecil yang dilakukan oleh pihak mereka dapat meringankan sedikit beban yang dipikul oleh barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.Satu usaha murni yang wajar dicontohi.