Expired : 18.06.18

Himpunan 812: ICERD cubaan cabul kemerdekaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1440H, Ahad – “Go to hell with United Nation”. Demikian baris ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Himpunan 812 di sini, semalam.


Dalam ucapannya, beliau berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hakikatnya tidak arif mengenai masalah di Malaysia, sebaliknya hanya beragenda menguasai sosio budaya, politik dan minda masyarakat.


“Apa dia tahu perkara di Malaysia ni? Mana dia tahu masalah Bumiputera. Mana mereka tahu masalah pribumi anak negeri Sabah, orang Islam,” katanya.


Katanya, perhimpunan aman itu dibuat sebagai tindak balas kerana kemerdekaan yang dicapai, hakikatnya sedang dicabul oleh PBB.


“Kita berhimpun pada hari ini kerana kemerdekaan kita hendak dicabul. Kita sudah merdeka, sekarang nak dicabul kemerdekaan kita oleh United Nation dengan ICERD ini?


“Mereka hendak kita menerima konvensyen ini, dengan itu mereka akan mengenakan syarat-syarat bagaimana kita nak hidup dalam negara kita sendiri. Mereka nak menguasai sosio budaya kita.


“Mereka nak menguasai minda kita. Mereka nak menguasai politik kita. Mereka nak menguasai hala tuju perjuangan kita orang Islam dan orang Melayu dalam negara kita ini,” katanya.


Pada masa sama, Tajuddin berkata, orang Melayu ini bangsa yang terlalu berlembut sehingga sanggup melepaskan semua kepada bukan pribumi


“Yang kita ni baik hati, kita beri segalanya, walaupun dulu mereka datang sebagai buruh kasar dalam negara kita ini. Dua ratus tahun British bawa mereka sebagai buruh, pakai kain, seluar pendek, kita beri segala-galanya. Hari ini Wathya Moorthy kata, kita bukan pribumi, boleh terima?,” katanya.


Pada akhir ucapan, Tajuddin memberi amaran agar kerajaan berwaspada dan menunaikan tanggungjawab khususnya kepada orang Melayu, Islam dan Bumiputera.


“Jangan takut, walaupun hari ini UMNO ada dua ratus ribu ke berapa ratus ribu, PAS ada dua, tiga ratus ribu, lima ratus ribu, kita tidak akan menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.


“Tetapi kalau kerajaan tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Bumiputera, orang Melayu dan agama Islam, jangan salahkan kita. UMNO, PAS dan NGO, kita akan bangkit dalam masa pilihan raya yang akan datang,” katanya.


The post Himpunan 812: ICERD cubaan cabul kemerdekaan Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop