Expired : 18.06.18

Himpunan ICERD: Jangan bawa senjata tajam, provokasi


BANGI, 24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Peserta himpunan membantah ICERD 8 Disember ini, diberi amaran supaya tidak membawa senjata atau sebarang benda tajam yang mencurigakan, selain dilarang melakukan provokasi terhadap pihak lain.


Amaran diberikan pihak penganjur bagi memastikan perhimpunan aman itu berjalan lancar supaya tujuannya dapat dicapai.


Pengarah Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD, Kamaruzaman Mohamad menegaskan himpunan pada Sabtu ini adalah perhimpunan aman dan pihak yang tidak mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan.


Peserta, katanya, diingatkan supaya tidak membawa sebarang senjata berbahaya atau benda tajam yang mencurigakan, tidak melakukan melakukan provokasi atau melayan sebarang provokasi


“Peserta juga perlu melaporkan kepada pihak keselamatan himpunan jika melihat sebarang provokasi. Mereka juga perlu mematuhi arahan pihak penganjur himpunan dari semasa ke semasa dan tidak bertindak mengikut emosi.


“Peserta dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri, keluarga dan barang masing-masing sepanjang himpunan berlangsung.


“Jika peserta mengalami sebarang masalah kesihatan semasa himpunan atau melihat individu berhampiran anda mengalami simptom masalah kesihatan, rujuk segera kepada pasukan medik himpunan yang berhampiran dengan anda,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, penganjur himpunan juga menetapkan garis panduan sebelum, ketika dan selepas perhimpunan diadakan.


Antara garis panduan yang ditetapkan sebelum perhimpunan ialah:


1. Memastikan laluan “checkpoint” dan arahan semasa daripada pimpinan masing-masing;


2. Tiga ‘checkpoint’ rasmi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:


i. Masjid Negara;


ii. Masjid Jamek, Kuala Lumpur; dan


iii. Sogo.


3. Memastikan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan, dibawa bersama, dan


4. Peserta digalakkan melakukan solat hajat memohon kelancaran himpunan.


Ketika himpunan.


1. Semua peserta dinasihatkan datang awal untuk Solat Zohor di “checkpoint” yang ditetapkan;


2. Selepas solat, peserta dikehendaki bergerak secara beransur-ansur, dari “checkpoint” yang masing-masing;


3. Menyimpan nombor telefon ketua kumpulan dan pemandu bas dan mengambil gambar bas bersama plat pendaftaran (jika datang dengan rombongan) dan bergerak dalam kumpulan yang dikenali ke “checkpoint” semasa pergi dan balik;


4. Membawa bersama beg kecil yang berisi tuala kecil, baju hujan atau payung, bekalan makanan (seperti roti atau kurma atau snek bijirin atau biskut) sebagai persediaan; dan


5. Himpunan akan diisi dengan agenda solat hajat dan peserta diminta membawa sejadah atau alas dan serta air mineral untuk mengambil wuduk.


Selepas himpunan.


1. Kutip sampah sendiri dan yang berada berhampiran anda dan buang di tong sampah; dan


2. Bersurai mengikut arahan penganjur himpunan dalam keadaan aman.


The post Himpunan ICERD: Jangan bawa senjata tajam, provokasi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop