Expired : 18.06.18

#HimpunanDaulat812: Jom Kita Putihkan Kuala Lumpur Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Hari ini, dijangka lebih 500 ribu rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka dan kawasan sekitar yang dibenarkan pihak berkuasa bagi menyatakan solidariti kepada agama, bangsa dan tanah air.


Rakyat telah mula membanjiri kawasan ‘check point’ seperti di Masjid Negara seawal pagi tadi, di mana ketika solat subuh berjemaah hampir menyamai jumlah waktu solat Jumaat.


Selain Masjid Negara, kawasan Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Kompleks Sogo turut menjadi ‘check point’, sebelum peserta himpunan bergerak secara aman ke Dataran Merdeka.



Bahkan bukan sahaja di negara ini, malahan bantahan turut disuarakan oleh mahasiswa di luar negara seperti di Mesir yang menyokong usaha himpunan tersebut.


Himpunan aman tersebut bertitik tolak daripada komitmen kerajaan di dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan meratifisi ICERD.


Setelah mendapat tentangan hebat daripada rakyat, kerajaan terpaksa tunduk dengan tidak meratifikasi ICERD, itupun melalui kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri tanpa tandatangan Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi apa yang rakyat mahukan kerajaan membawanya ke sidang Dewan Rakyat. – MediaUMNO


Norlida Ishak Shop