Expired : 18.06.18

Hina Nabi, bangsa Melayu: Alvin Chow ditahan


BANGI, 29 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Polis Selangor menahan pemilik akaun Twitter menggunakan nama ‘Alvin Chow’ yang menghina bangsa Melayu dan mencaci Nabi Muhammad ﷺ di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, petang tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.


Beliau berkata, suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur ini dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad ﷺ dan isteri Baginda.



“Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang tadi. Dalam tangkapan berkenaan, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya seperti dilapor Berita Harian.


Difahamkan, suspek turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod dikehendaki polis


Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.


Kelmarin, ‘Alvin Chow’ dikatakan seolah-olah sengaja memuat naik status menghina bangsa Melayu dan mencaci Nabi Muhammad ﷺ, biarpun amaran dan peringatan telah diberikan.


Terdahulu, pemilik akaun Foo Sing Wai melakukan perkara sama apabila memuat naik karikatur berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad ﷺ dan isteri Baginda, Saidatina Aishah.


The post Hina Nabi, bangsa Melayu: Alvin Chow ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop