Expired : 18.06.18

Hina Permaisuri Agong di Twitter, pemuda mohon maaf

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun rasmi Twitter @cheminahsayang. — Foto ihsan Instagram/kajpphotography74
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun rasmi Twitter @cheminahsayang. — Foto ihsan Instagram/kajpphotography74

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Seorang pemuda tampil memohon maaf di laman sosial selepas memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Memuat naik hantaran foto di Twitter, Firdaus Asraf dalam catatan berbentuk warkah memohon ribuan kemaafan kepada Tunku Azizah dan menyatakan kesal di atas perbuatannya itu.


“Patik hanyalah rakyat biasa yang telah durhaka terhadap Raja serta kerabatnya.”


“Patik dengan ini merendah diri memohon segala keampunan daripada Raja Permaisuri Agong,” catat Firdaus.



Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. pic.twitter.com/VZmJi1qxLu


— Firdaus Asraf (@frdsasrf) September 12, 2019

Firdaus turut menyatakan kesediaannya menghadap Tunku Azizah jika diperkenankan.


Tunku Azizah semalam menutup akaun rasmi Twitter @cheminahsayang. Tidak diketahui punca, namun warga maya mendakwa ia disebabkan beberapa pengguna yang “menyerang” baginda dengan mengkritik institusi raja.


Didapati Firdaus antara yang mencatat beberapa komen kritikan.


“Permaisuri Agung dah deactivate (nyah aktif) akaun Twitter,” catat Afif Muhammad berserta bukti foto paparan skrin.


Sudah mengemukakan permohonan maaf, pengguna Twitter menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.


Pengguna Siti Masitah Arifin menasihati Firdaus supaya berhati-hati dan tahu batasan yang perlu dijaga antara rakyat dan raja.


“Ada satu kisah saya pernah dengar, ambil paku, ketuk di dinding dan cabut. Memang paku dah hilang tapi kesan masih berbekas. Ambillah pengajaran,” catat Masitah.


Ada pengguna yang mengusik Firdaus supaya bersiap sedia berdepan tindakan undang-undang dari pihak polis.


“Standby (siap sedia) je bro(saudara). Kalau ade orang ketuk pintu tolong buka ye. Bagi kerjasama,” catat Aziman Azmi.


Hantaran Firdaus petang tadi diulang kicau sebanyak 1,100 kali dan mendapat 700 tanda suka setakat jam 8.30 malam.


Norlida Ishak Shop