v Hina Rasulullah: Beradablah dengan nabi, pejuang Islam lampau
Expired : 18.06.18

Hina Rasulullah: Beradablah dengan nabi, pejuang Islam lampau

BANGI, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Timbalan Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyangkal, kenyataan Mohamad Sabu yang menyamakan Nabi Muhammad ﷺ dengan pelarian.

Pada masa sama, Ustaz Fauzi membidas, dakwaan pihak yang menyokong kenyataan Presiden Amanah itu yang turut menyatakan kumpulan ashabul Kahfi sebagai pelarian.

“Yang kata para nabi yang lain juga pelarian itu pun kenyataan salah.

“Beradablah dengan para nabi dan pejuang Islam lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menyarankan supaya istilah pelarian yang digunakan ke atas Nabi Muhammad ﷺ digantikan dengan hijrah.

Katanya, perkataan itu adalah jauh lebih sopan berbanding pelarian yang mempunyai makna berbeza.

“Ulama Islam hari ini pun suka guna perkataan hijrah bila berbicara berkenaan perpindahan para Nabi A.S dari satu tempat ke satu tempat.

“Kalau tak boleh menyamai ilmu para ulama, paling kurang beradablah dengan adab seorang muslim,” tegasnya.

Terdahulu, susulan sentimen antiwarga asing termasuk terhadap pelarian, Mohamad mengingatkan, bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad ﷺ, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

“Sebab itulah dalam kita mengecam hal pelarian ini kita kena jaga kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah,  jangan kita lupa bahawa Islam itu, ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad ﷺ, yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Makkah ke Madinah,” katanya.

The post Hina Rasulullah: Beradablah dengan nabi, pejuang Islam lampau appeared first on ismaweb.