Expired : 18.06.18

Hina Sultan Selangor, hukuman penjara Wan Ji ditambah kepada setahun

Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin dihukum penjara satu tahun atas atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin dihukum penjara satu tahun atas atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin

SHAH ALAM, 9 Julai — Hukuman penjara pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditambah hingga setahun atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan terhadap sabitan hukuman penjara sembilan bulan berkata kata-kata itu adalah satu penghinaan terhadap raja, lapor Sinar Harian.


Malah, Datuk Abdul Halim Aman dalam penghakimannya berkata tindakan itu juga seperti cuba menanam sifat benci rakyat terhadap institusi berkenaan.


“Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja.


“Walaupun sebagai warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan,” katanya.


Peguam mewakili Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaludin memohon hukuman ditangguh atas alasan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.


Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.


Kesalahan dilakukan di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.


Pada 9 April 2018, mahkamah sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.


Norlida Ishak Shop