Expired : 18.06.18

‘Hinanya sistem keadilan negara sekarang’: Timb Presiden UMMAH


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar


AMPANG, 12 Syaaban 1440H, Khamis – Inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, sekadar alat untuk mengaburi tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang lebih awal menetapkan keputusan – mendahului proses keadilan yang sepatutnya dibuat mahkamah.


Timbalan Presiden Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad berkata, inkues itu seolah-olah memperlihatkan Peguam Negara sudah ada ‘agenda setting’ sendiri yang ingin dibuat terhadap kes Adib tanpa melalui proses perundangan, mahupun kehakiman.


“Ia seolah-olah satu konspirasi daripada Pejabat Peguam Negara untuk satu kes yang istimewa di mana seorang penjawat awam dibunuh oleh sekumpulan perusuh. Malah, ia juga seolah-olah ingin menutup kesalahan perusuh dan dijadikan keputusan, bahawa Adib meninggal kerana kemalangan bukan dipukul.


“Ini satu (tindakan) yang sangat hina dalam sistem keadilan negara,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), di sini hari ini.


Dalam perkembangan sama, Kamaruzaman menegaskan, UMMAH tidak akan berdiam diri dan akan berusaha sedaya untuk memastikan keadilan diberikan kepada Adib, serta membawa mereka yang terbabit dalam kes ini ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.


“Itu jaminan daripada kami untuk keluarga Adib dan rakyat yang mengharapkan keadilan untuk beliau,” katanya.


Terdahulu, Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner menolak permohonannya untuk menjadi pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba itu.


Peguam, M Visvanathan, yang mewakili jawatankuasa itu berkata, anak guamnya menarik balik rayuan itu berdasarkan afidavit yang difailkan Jabatan Peguam Negara pada 3 April.


Beliau berkata, afidavit itu, yang disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hamdan Hamzah, menyatakan kematian Adib bukan akibat dipukul oleh mana-mana orang.


Afidavit itu turut menyatakan pakar patologi forensik memberi keterangan dalam prosiding inkues bahawa kecederaan yang dialami Adib, sehingga membawa kepada kematiannya, bukan kecederaan akibat dipukul.


Kenapa AG rahsiakan afidavit Adib meninggal bukan dipukul?


The post ‘Hinanya sistem keadilan negara sekarang’: Timb Presiden UMMAH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop