Expired : 18.06.18

Hoffenheim lebur rekod Bayern

SELEPAS lima hari garang membelasah Tottenham dalam aksi Liga Juara Juara, Bayern Munich mengalami kekalahan pertama mereka musim ini apabila tewas mengejut 1-2 kepada Hoffenheim dalam aksi Bundesliga malam ini.


Dua jaringan pada babak kedua daripada penyerang Armenia, Sargis Adamyan mengesahkan kemenangan kali pertama Hoffenheim di Munich ketika Bayern masih segar dengan pesta gol 7-2 ke atas Tottenham, Selasa lalu.


Kekalahan dalam aksi liga di tempat sendiri itu yang pertama dialami Bayern dalam tempoh setahun.


Robert Lewandowski menyamakan kedudukan di Allianz Arena untuk jaringan ke-11 dalam aksi Bundesliga musim ini tetapi Adamyan mengesahkan kemenangan mengejut Hoffenheim dengan jaringan kedua sepuluh minit sebelum tamat perlawanan.


Bayern masih kekal pendahulu Bundesliga berdasarkan kelebihan jaringan dengan Leipzig, Leverkusen dan Freiburg masing-masing memiliki 14 mata.


Schalke boleh mengambil alih teraju jika menewaskan Cologne malam ini selain Borussia Moenchengladbach juga mampu melonjak ke kelompok teratas jika menewaskan Augsburg esok.


Norlida Ishak Shop