Expired : 18.06.18

Honda City 2020 Dilancarkan Di Thailand Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Honda City sememangnya menjadi model yang ikonik buat Honda. Model ini nampaknya turut menjadi kereta pilihan Rakyat Malaysia bagi segmen-B meskipun menawarkan harga yang sedikit tinggi berbanding jenama-jenama yang lain.


Selepas hampir enam tahun, Honda City generasi terkini menghiasi jalan raya, Honda nampaknya tampil dengan pembaharuan melalui model generasi terbaru sempena tahun 2020. Rekaan pada kali ini dilihat lebih sporty dan moden mengikut acuan Honda Civic.



3421704


3421709


Tidak hanya menawarkan rekaan yang memukau, Honda nampaknya tampil dengan pembaharuan pada bahagian enjin dengan memuatkan enjin 1.0 liter turbo. Menawarkan lebih kuasa berbanding model sebelum ini, enjin ini dikuasakan dengan 122 Ps dan 173Nm tork.


Nak tahu apa yang lebih membuatkan orang ramai teruja? Honda menjanjikan penguasakan bahan api serendah 23.8km/l sahaja. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang mendapatkan penguasaan kelajuan Honda City serta tidak penggunaan minyak yang efisien.


3421714


Model generasi terbaru ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan meliputi ABS, EBD, BA dan VSA. Kesemua ciri keselamatan ini ditawarkan pada keempat-empat varian iaitu S,V, SV dan RS.


Di Thailand, Honda City mula ditawarkan dengan harga bermula daripada 579,500 baht (RM80,035) bagi varian S diikuti dengan harga 609,000 baht (RM84,107) bagi varian V, 665,000 baht (RM91,848) bagi varian SV dan 739,000 baht (RM102,061) untuk varian tertinggi iaitu RS.


Pelancaran di Thailand ini sekaligus memberi indikasi bahawa model ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Harga bagi pasaran Malaysia juga masih belum disahkan ketika ini. Berikut merupakan iklan Honda City 2020 bagi pasaran Thailand.


Honda baru-baru ini turut memperlihatkan rekaan Honda Jazz generasi terbaru manakala Nissan pula turut memperkenalkan model Almera 2020 yang turut hadir dengan enjin 1.0 turbo.



Rekaan Honda Jazz Generasi Terbaru Diperlihatkan Di Tokyo Motor Show 2020





Nissan Almera 2020 Dilancarkan Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo




Norlida Ishak Shop