Expired : 18.06.18

Honor 20 Pro Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan April Ini

Honor pada awal tahun ini telah pun memperkenalkan Honor View 20. Selari dengannya, kini Honor dijangka memperkenalkan telefon pintar mercu mereka yang seterusnya, seawal bulan April ini.


Ia dikatakan telefon pintar Honor seterusnya ini akan dikenali dengan nama Honor 20 Pro.


Mengikut maklumat tertiris, Honor 20 Pro dijangka dijana cip Kirin 980 terbaru, selain dijana kamera 40-megapixel dibelakang bersama-sama gabungan kamera 20-megapixel rakaman sudut lebar dan 8-megapixel telefoto. Berkemungkinan peranti ini akan diposisikan sebagai pesaing untuk Huawei P30 yang baru diperkenalkan.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan pihak Honor melalui telefon mercu terbaru mereka.


Norlida Ishak Shop