Expired : 18.06.18

Honor Akan Melancarkan FlyBuds – Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Seakan Apple AirPods

Trend set fon telinga nirwayar sebenar dimulakan oleh Apple dengan Apple AirPods. Kemudian, banyak pengeluar mula hasilkan set fon telinga yang lebih kurang sama seperti Sudio Niva, Mobvoi dengan TicPods dan kini Honor dengan FlyPods.


Honor FlyPods ini akan dilancarkan pada 31 Oktober kelak dan dikatakan akan mempunyai kawalan berasaskan gesture, sokongan kawalan sesentuh, berkemungkinan menyokong pembatalan hingar dan juga disertakan dengan kerangka kuasa.



Menurut ura-ura, FlyPods dikatakan akan hadir dengan Bone Sensor ia itu sensor iaitu sensor induksi tulang yang akan mengasingkan suara pengguna dengan kecerdasan buatan untuk membuat panggilan yang lebih jelas. Lain-lain maklumat masih tidak jelas, sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop