Expired : 18.06.18

Honor Malaysia Akan Memperkenalkan Honor 10 Lite Tidak Lama Lagi

Honor Malaysia kini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Honor 10 Lite. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan spesifikasi pertengahan, dan pada masa yang sama turut memfokuskan kepada ciri swafoto padanya.


Honor 10 Lite


Honor 10 Lite menggunakan skrin 6.21-inci pada resolusi 1080p, dijana cip lapan teras, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera swafoto 24-megapixel.


Honor 10 Lite turut menggunakan bateri berkapasiti 3400mAh bersama-sama dengannya, selain menyertakan sokongan dwi-SIM.


Buat masa ini, pihak Honor masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasminya. Berkemungkinan kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini dalam masa terdekat, apatah lagi dengan jualan 12.12 semakin hampir.


Norlida Ishak Shop