Expired : 18.06.18

Hotel, dobi juga akan dikuatkuasa tempat larangan merokok


BANGI, 24 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Selain premis makanan, hotel dan pusat mencuci pakaian, dobi juga akan dikuatkuasakan sebagai tempat larangan merokok dalam masa terdekat.


Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dengan menegaskan, pewartaan larangan itu perlu kerana dobi dan hotel antara tempat yang dibelenggu masalah asap rokok.


“Tinjauan mendapati ada yang masih merokok di kedai dobi dan hotel. Justeru, wujud kebimbangan mengenai masalah kesihatan dalam kalangan perokok pasif.


“Oleh itu, kita akan bincang untuk tambah (larangan merokok di premis awam berkaitan) dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.


Kementerian Kesihatan mula menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran, kopitiam dan pusat penjaja, malah tempat makan di ruang terbuka, di seluruh negara, bermula hari ini, 1 Januari 2019.


Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda sehingga RM10,000 atau berdepan hukuman penjara dua tahun.


Bagi premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok pula akan dikenakan hukuman denda maksimum RM2,500.


The post Hotel, dobi juga akan dikuatkuasa tempat larangan merokok appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop