Expired : 18.06.18

HP INC. X RIZMAN RUZAINI, TAFSIR SEMULA INSPIRASI BAGI PEREKA DI KLFW 2019

HP Inc. hari ini mengumumkan satu usaha sama baharu sebagai pencetus ilham kepada industri seni reka fesyen di Malaysiazz. Kerjasama baharu untuk menyokong masa depan sektor ini di Malaysia termasuk penglibatan HP sebagai Rakan Komputer Riba Rasmi di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 dan gandingan dengan pasangan pereka fesyen tempatan terkemuka, Rizman Ruzaini, diilhamkan oleh PC kemasan kulit pertama dunia, iaitu HP Spectre Folio.


Sumber inspirasi pelopor busana dan pereka fesyen di Minggu Fesyen Kuala Lumpur


Sebagai Rakan Komputer Riba Rasmi untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur di Pavilion, HP akan mencetus inspirasi menerusi inovasi dengan bantuan tiga pereka tempatan Malaysia, Afiq M, My Apparel Zoo dan Yadotsa.  Para pereka ini akan menggunakan HP Spectre x360 yang menawarkan keunggulan seni reka, keselamatan terulung dan prestasi lebih baik dalam kerja kreatif masing-masing, sama ada untuk mengilhamkan ciptaan baharu, melakar rekaan baharu atau merancang pertunjukan fesyen masing-masing. Detik-detik penting ini akan dipaparkan dalam pertunjukan video di KLFW yang mempersembahkan cetusan keajaiban apabila fesyen digandingkan dengan teknologi. HP juga akan berganding bahu dengan tiga pelukis ilustrasi fesyen yang akan membawa HP Spectre x 360 ke KLFW dan membuat lakaran hadirin minggu fesyen, peristiwa di sebalik tabir dan trend di pentas tahun ini.


“Di HP, kami berusaha untuk mencipta produk yang memenuhi gaya kerja dan gaya hidup pelanggan, menyerlahkan minat mereka dan mencipta dan melakukan sesuatu yang produktif. Kerjasama kami dengan KLFW dan Rizman Ruzaini mencerminkan cara kami mengadunkan seni reka, teknologi dan fesyen sambil kami menyokong kemajuan masa depan Malaysia. Kami teruja untuk melihat usaha pereka tempatan kami mentafsirkan semula industri fesyen tempatan,” kata Fayza Mohamed Amin, Pengarah Urusan Malaysia, HP Inc.



Kerjasama HP x Rizman Ruzaini Collection


Sejajar dengan seruan HP untuk “Terus Mentafsir Semula” sambil menyokong masa depan Malaysia, HP telah bekerjasama dengan gandingan pereka dinamik yang disanjung tinggi di Malaysia, Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang merupakan pengasas jenama terkenal, Rizman Ruzaini. Kerjasama ini, yang dikenali sebagai HPxRR diilhamkan oleh inovasi terkini HP, iaitu HP Spectre Folio.


Usaha sama ini menjangkau sempadan fesyen dan teknologi, sekali gus memaparkan kerjasama jenama tempatan dan global untuk mencipta koleksi yang lain daripada yang lain, iaitu koleksi lelaki pertama daripada Rizman Ruzaini yang bakal diketengahkan di KLFW 2019.


“Sentiasa mentafsir semula sambil komited kepada kehalusan seni dan keterperincian kerja telah membolehkan kami mengikuti perkembangan industri fesyen yang sentiasa berubah dalam tempoh 15 tahun lepas sambil mengekalkan DNA kami,” kata Rizman Nordin. “Kami sentiasa mencari cara baharu untuk mempelopori inovasi dan kerjasama kami dengan HP membolehkan kami berbuat demikian. Mengambil inspirasi reka bentuk daripada HP Spectre Folio yang mengagumkan, anda boleh menantikan sentuhan kulit, kemewahan dan keanggunan dalam koleksi busana kami yang akan datang,” kata Ruzaini Wan Jamil.


Inisiatif HP Malaysia untuk menyokong industri fesyen tempatan akan menjangkaui KLFW 2019. HP Malaysia dan KLFW juga akan menyediakan platform untuk membantu bakat tempatan baharu mengetengahkan karya mereka dan mencuri tumpuan di KLFW 2020. Butiran lanjut akan disampaikan pada September 2019.


Peluang untuk memenangi HP Spectre Folio di KLFW  2019


Sempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week 2019, hadirin minggu fesyen dan pengguna yang mengunjungi reruai HP dari 21- 25 Ogos berpeluang memenangi 1 x HP Spectre Folio bernilai RM9,999.



  1. Kunjungi kiosk HP di Pavilion

  2. Ambil gambar berlatarkan dinding foto HP sambil memegang HP Spectre Folio dan paparkan gambar di media sosial (paparan mesti untuk tatapan umum)

  3. Dalam keterangan gambar anda, beritahu kami 1 ciri kelebihan HP Spectre Folio yang menarik hati anda

  4. Hashtag #StyleItWithLeather #HPMY #ThePCReinvted

  5. Gambar paling kreatif dan bergaya yang diambil bersama HP Spectre Folio akan diumumkan sebagai pemenang di laman Facebook HP Malaysia.

  6. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.



 


The post HP INC. X RIZMAN RUZAINI, TAFSIR SEMULA INSPIRASI BAGI PEREKA DI KLFW 2019 appeared first on Glam Lelaki.


Norlida Ishak Shop