Expired : 18.06.18

HP Memperkenalkan Komputer Riba Dengan Skrin AMOLED

HP sedia mempunyai sejumlah penawaran komputer riba berspesifikasi baik, dan juga menawarkan rekaan yang sangat menawan. Terkini, bersempena dengan CES 2019, pihak HP hari ini memperkenalkan komputer riba pertama dengan skrin 15-inci yang menggunakan skrin paparan AMOLED.


Seperti ramai sedia maklum, dengan penggunaan paparan panel AMOLED, ia akan menawarkan pewarnaan yang lebih baik, sokongan HDR yang diperkaya, selain kebolehan menggunakannya tanpa masalah pada pelbagai keadaan cahaya persekitaran.


HP Spectre AMOLED


Model yang menggunakan panel ini adalah HP Spectre 15 x360, yang mana membawakan kebolehan menyelaraskan panel supaya digunakan sebagai komputer riba, atau tablet.


Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Intel Core generasi kelapan yang terkini, pilihan memori sehinggga 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Pihak HP dijangka memasarkannya sekitar bulan Mac 2019 kelak.


Norlida Ishak Shop