Expired : 18.06.18

#HPU914: Veteran UMNO Kemuka Usul Khas Sokong Perpaduan Ummah Demi Agama, Bangsa Dibela


 


KUANTAN 22 Ogos – Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia mengemukan usul khas menyokong perpaduan ummah dan diterima sebulat suara perwakilan yang mahu melihat bangsa Melayu dan agama Islam terus dibela.


Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, usul ini dibentang oleh perwakilan dari negeri Perak dan disokong oleh perwakilan Kelantan dan kemudiannya dibahas semua negeri-negeri.



“Usul tersebut diterima sebulat suara yang menyatakan sokongan terhadap perpaduan ummah ini malah Veteran UMNO bertekad untuk turut berusaha memastikan perpaduan ummah ini mencapai kejayaan khususnya piagam yang akan ditandatangani oleh Presiden UMNO dan PAS pada 14 September ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam di Kuantan. Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pada Selasa.


Sehubungan itu, Veteran UMNO Malaysia melahirkan penghargaan kepada Wan Rosdy yang memberikan sokongan untuk Perhimpunan Agung Veteran UMNO kali ke-9 pada tahun ke-13 penubuhannya.


“Veteran UMNO berterima kasih kepada Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang telah membantu bagi menjayakan perhimpunan ini. Datuk Seri Wan Rosdy banyak memberikan sokongan bagi menjayakan perhimpunan tersebut apatah lagi dalam keadaan Veteran serba kekurangan dan tidak mampu mengendalikan persidangan secara sendirian.


“Ini adalah kali ke-4 Veteran UMNO mengadakan perhimpunan di luar Kuala Lumpur, sebelum ini Veteran UMNO pernah mengadakan perhimpunan di Terengganu, Perak dan Johor.


Dilaporkan lebih 400 anggota Veteran UMNO hadir menjayakan perhimpunan tersebut yang menjadi perwakilan dari seluruh negara. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop