Expired : 18.06.18

Huawei Berjaya Menjual Lebih 10 Juta Unit Huawei P30 Dalam Masa 85 Hari

Walaupun sedang mengalami krisis perdagangan bersama A.S, peranti Huawei masih menerima permintaan yang tinggi oleh pengguna. Mengikut perkongsian daripada Huawei, mereka telah berjaya menjual lebih 10 juta unit Huawei P30 dalam masa hanya 85 hari.


Perkara ini dikongsikan oleh Presiden Bahagian Produk Huawei, He Gang ketika di acara MWC Shanghai 2019. Sehingga 20 Jun, siri Huawei P30 telah berjaya terjual lebih 10 juta unit dalam masa 85 hari, sekaligus membuatkannya antara siri peranti yang popular pada saat ini.



Pencapaian ini walau bagaimanapun masih tidak dapat mengalahkan jualan siri Huawei P20, yang mana pernah meraih pencapaian yang serupa dalam masa 62 hari. Namun dengan sekatan yang diterima, jualan siri Huawei P30 ini masih dilihat impresif, yang mungkin disumbangkan daripada kebolehan zoom yang unik.


Mengikut stastistik yang dikeluarkan sebelum ini, Huawei turut berjaya memasarkan lebih 100 juta unit sehingga 30 Mei 2019, sekaligus mengekalkan kedudukan yang selesa di belakang Samsung. Namun dengan sekatan daripada A.S., perkara ini mungkin akan memberi kesan kepada jualan peranti Huawei dalam beberapa tempoh akan datang.


Norlida Ishak Shop