Expired : 18.06.18

Huawei Berkongsi Senarai Dan Tarikh Peranti Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo

Ketika pelancaran telefon pintar untuk permua Honor Play awal minggu ini, pihak Huawei memperkenalkan fungsi GPU Turbo. Ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi keseluruhan GPU pada telefon pintar sebanyak 60% tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 30%. Menarik sekali GPU Turbo akan turut diberikan kepada peranti lain keluaran mereka.


Senarai awal peranti yang akan menerima GPU Turbo telah diumumkan bersama dengan tarikh ia akan diberikan. Dari apa yang dapat dilihat kemaskini diterima pada peranti utama dan juga peranti kelas pertengahan. Mate 9 yang sudah berusia dua tahun juga tidak dilupakan. Sejauh manakah kebenaran prestasi meningkat 60% tetapi penggunaan bateri berkurangan ini hanya akan diketahui apabila ia diterima pada peranti-peranti yang disenaraikan di bawah.



  • Penghujung Jun – Huawei Mate 10 and Mate 10 Pro, Honor View 10.

  • Julai– Huawei P20, P20 Pro, Mate RS Porsche Design, Nova 2S, Honor 10, Huawei MediaPad M5.

  • Ogos – Huawei Nova 3e, Enjoy 8 Plus, Enjoy 7S, Mate 10 Lite, Honor 9 Lite, Honor 7X.

  • September – siri Huawei Mate 9.

  • Oktober – Huawei P10, P10 Plus, P10 Lite, Honor 9, Honor 8 Pro.

  • November – Peranti lain yang masih belum diumumkan.


Norlida Ishak Shop