Expired : 18.06.18

Huawei FreeBuds 3 – Fon Telinga Dengan Kadar Pendam Yang Rendah Bersama Pembatalan Hingar Aktif Yang Baik

Jika kita perhatikan situasi setiap hari ketika waktu kemuncak penggunaan kenderaan awam, kita dapat lihat yang kebanyakkan pengguna kenderaan awam ini memakai fon telinga. Ia bagaikan aksesori penting kepada setiap individu pada era ini, tidak kira samaada menggunakannya untuk mendengar lagu, menonton tayangan video atau juga melayari internet dengan cara tidak mengganggu ketenteraman orang lain di sekeliling. Anda juga semestinya tidak ingin diganggu oleh keadaaan sekeliling yang bising dan ingin fokus dengan tayangan video yang anda sedang tonton.



Oleh itu, Huawei FreeBuds 3 merupakan aksesori telinga yang baik. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan fungsi kadar pendam yang rendah, pembatalan hingar yang aktif dan menyokong pengecasan berbalik yang menjadikannya lebih efisien untuk digunakan. Apa yang lebih mengagumkan adalah fon telinga ini boleh didapati pada harga hanya RM679 yang mana ia dikatakan antara yang sangat berbaloi dengan fungsi dan harga yang ditawarkan. Berikut adalah antara sebab mengapa HUAWEI FreeBuds 3 adalah sangat berbaloi untuk dimiliki berbanding fon telinga yang lain.


1. Dikuasakan Oleh Janaan Cip Kirin A1 Yang Dibangunkan Sendiri Oleh HUAWEI



Isyarat Bluetooth merupakan antara fungsi sangat penting untuk sepasang fon telinga nirwayar. Tanpa isyarat Bluetooth yang baik, anda tidak dapat menikmati pengalaman audio yang baik, malah apabila anda menonton video, pergerakkan video akan menjadi tidak selari dengan lantunan audio yang dikeluarkan. Begitu juga apabila anda bermain permua. Semestinya anda akan kecewa apabila anda hanya dapat lihat pihak musuh membunuh anda dan tidak tahu dari mana arah mereka datang kerana terdapat masalah lengah masa antara paparan di telefon pintar dan juga audio di fon telinga. Ini seterusnya akan memberi pengalaman penggunaan yang tidak memuaskan.


Namun, situasi tidak akan berlaku pada HUAWEI FreeBuds 3 kerana ia dikuasakan oleh cip Kirin A1 bersama algoritma kadar pendam yang rendah yang membuatkan audio yang dikeluarkan adalah selari dengan paparan video di telefon pintar. Kebanyakkan fon telinga masa sekarang dilengkapi dengan True Wireless Stereo (TWS) yang berfungsi untuk menghantar audio ke sebelah kiri dan kanan fon telinga pada telefon pintar dalam masa yang sama.



Kemudian, fon telinga pada telefon pintar ini akan menghantar audio pada sub fon telinga yang seterusnya akan menghasilkan bunyi binaural yang berfungsi untuk menerima audio pada frekuensi berbeza untuk telinga sebelah kiri dan kanan. Dengan fungsi ini, ia sekaligus memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman audio yang imersif. Melalui FreeBuds 3 ini, anda tidak akan mengalami masalah lengah masa antara video dan audio kerana sambungan fon telinga utama dan kedua bekerjasama dengan baik antara satu sama lain. 


Selain menggunakan kaedah sambungan tunggal binaural, terdapat cara lain untuk membuat sambungan fon telinga, iaitu dengan cara telefon pintar akan sambungkan dua fon telinga untuk menghantarkan isyarat audio pada bahagian kiri dan kanan fon telinga. Melalui cara sambungan ini, ia dikatakan mampu untuk menghantar isyarat bunyi yang lebih baik berbanding dengan kaedah sambungan tunggal binaural. Namun, melalui penghantaran isyarat bunyi ini akan menggunakan kuasa yang lebih banyak sekaligus mempercepatkan lagi kehabisan bateri.



Bagi HUAWEI sendiri, mereka menggunakan teknologi penghantaran dwi saluran yang mampu untuk menghantar audio dalam masa yang sama pada FreeBuds 3 mereka. Ini membolehkan dua fon telinga untuk menerima isyarat bunyi dalam masa yang serentak terus daripada telefon pintar kepada kedua dua belah kanan dan kiri fon telinga. Melaluinya, anda tidak perlu risau sistem audio anda terganggu kerana ia mampu untuk mengelakkan gangguan antara kedua-dua fon telinga semasa sambungan saluran tunggal binaural dilakukan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan bateri pada fon telinga ini.


Jadi kita dapat lihat, dengan teknologi penghantaran dwi saluran serentak yang terbina pada Huawei FreeBuds 3 ini, ia bukan sahaja membolehkan anda untuk mendapatkan audio yang selari dengan video, malah ia juga dapat mengelakkan gangguan isyarat Bluetooth dan WiFi yang sering terjadi di parkir dan LRT bawah tanah yang membuatkan anda sukar untuk dihubungi. Dengan bantuan cip Kirin A1 pada Huawei FreeBuds 3 ini membolehkan anda untuk mendapatkan audio yang lebih jelas dan kini anda boleh menjawab panggilan dengan lebih baik dan jelas.


2. Dilengkapi oleh Pembatalan Hingar Terbuka Yang Aktif Yang Hanya Menggunakan Satu Sentuhan Untuk Membuat Pengurangan Hingar



Jika sebelum ini fon telinga jenis terbuka sering dikatakan akan menyebabkan ketirisan bunyi yang jelas, ia berbeza dengan Huawei FreeBuds 3 kerana ia hadir dengan sokongan pembatalan hingar yang aktif. Menurut Huawei sendiri, mereka menyatakan bahawa fon telinga ini direka mengikut bentuk telinga manusia dan hadir dengan 9 set kategori untuk parameter pengurangan hingar. Dengan hanya satu klik, anda boleh mengaktifkan mod ini pada aplikasi Smart Life mereka dan ia juga boleh ditetapkan mengikut keselesaan telinga pengguna.


Huawei FreeBuds 3 ini juga mampu untuk membuat pembatalan hingar pada latar belakang suara dengan baik. Sekiranya anda sedang berlari, menunggang basikal dan terdapat panggilan telefon yang perlu dijawab, dengan menggunakan Huawei FreeBuds 3 ini anda tidak akan dengar bunyi angin yang bising di belakang. Aplikasi pembatalan hingar Huawei FreeBuds 3 ini boleh dimuat turun melalui aplikasi AI Life mereka yang kini sudahpun ditawarkan melalui Huawei App gallery dan juga Google Play Store. Fon telinga Huawei FreeBuds 3 ini boleh disambungkan kepada aplikasi AI Life yang didaftarkan menggunakan nombor telefon yang aktif sahaja dan ia menyokong untuk membuat sambungan kepada kaca mata Huawei Gentle Monster dan produk produk peranti berhubung (IoT) yang lain.


3. Mudah Dan Cukup Sensitif Untuk Disambungkan Kepada Peranti Lain



Dari segi sambungan dan prestasi penggunaan fon telinga ini, setiap kali bekas pengecasan ini terbuka, ia akan disuaikan ke telefon pintar yang telah berjaya disambungkan kepada fon telinga secara automatik. Proses sambungan ini hanya mengambil masa selama 3 saat sahaja. Ini menunjukkan bahawa telefon pintar Android juga mampu untuk mendapatkan sambungan yang pantas.


Dengan hanya klik sebanyak dua kali pada aplikasi Smart Life di telefon pintar, anda boleh menetapkan penggunaan di bahagian kiri dan kanan fon telinga, samaada untuk memainkan audio, mengaktifkan butang pembantu suara atau menghidupkan dan mematikan pembatalan hingar yang aktif. Selepas fon telinga ini disambungkan kepada telefon pintar, anda juga boleh menyemak baki bateri fon telinga ini pada notifikasi di telefon pintar anda.


4. Ketahanan Bateri Yang Lama Dengan Pelbagai Alternatif Pengecasan Yang Memudahkan



Sebagai fon telinga TWS, selain mempunyai prestasi penggunaan yang baik dari segi lengah masa, dan sukar mendapat gangguan bunyi, masa pengecasannya juga agak pantas dan mempunyai ketahanan bateri yang lama. Hal ini adalah kerana ia menggunakan teknologi TWS yang sangat membantu dalam pretasi penggunaan bateri sesuatu peranti.


Huawei FreeBuds 3 ini juga hadir dengan bekas pengecasan dan boleh dicas sendiri menggunakan Type-C. Dengan ini, anda tidak perlu membawa pengecas tambahan dan berwayar kerana ia boleh dicas hanya menggunakan bekasnya yang kecil sahaja. Malah, ia juga menyokong untuk menerima pengecasan berbalik daripada telefon pintar, seperti siri Huawei Mate 30. Apabila fon telinga ini dicas penuh, anda boleh menggunakannya dan dapat bertahan sehingga 2.5 jam tanpa henti, malah dengan sentiasa mengecasnya, ia mampu untuk digunakan sehingga 12 jam panggilan.


5. Gabungan Reka Bentuk Dan Teknologi Yang Mengagumkan



Fon telinga Huawei FreeBuds 3 ini membawakan rekaan bulat berbentuk ikan lumba-lumba, mudah dipegang dan dibawa kemana mana. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu hitam dan putih. Seperti yang dihuraikan diatas, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik dan teknologi terkini yang membuatkannya sangat berbaloi untuk dimiliki.


Ia hadir dengan janaan cip Kirin A1 dengan kebolehan penghantaran bunyi dwi saluran yang dapat mengurangkan lengah masa pada Huawei FreeBuds 3 ini serendah 190 milisaat. Selain itu, fon telinga ini juga menyokong Bluetooth 5.1  dan Bluetooth kuasa rendah 5.1 yang menjadikan Huawei FreeBuds 3 ini sebagai fon telinga pertama di dunia yang menyokongnya.


Apabila ia disambungkan, peranti yang mengaktifkan Bluetooth ini akan disambungkan dengan cepat, malah penggunaan kuasa juga dapat dikurang sekaligus menjadikan fon telinga ini dapat digunakan dengan lebih lama.




Kesimpulan



Bagi anda yang berminat dengan Huawei FreeBuds 3 ini, ia amat berbaloi untuk dibeli kerana ia dilengkapi dengan kadar pendam yang rendah, fungsi pembatalan hingar yang aktif, sambungan kepada peranti yang pantas, menyokong pengecasan berbalik dan hadir dengan rekaan yang menarik. Anda kini sudah boleh membelinya pada harga hanya RM679 di laman rasmi Huawei atau kedai-kedai rasmi mereka.


Huawei juga turut melancarkan storan awan sebanyak 50GB untuk semua peranti siri Huawei Mate 30. Untuk mendapatkannya, anda boleh menebusnya dengan log masuk menggunakan Huawei ID anda. Storan awan 50GB ini boleh digunakan selama 3 bulan secara percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk gunakannya secara percuma.


Beli : Huawei freeBuds 3 Melalui Laman Rasmi Huawei


Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia


Norlida Ishak Shop