Expired : 18.06.18

Huawei Memperkenalkan Huawei P30 Pro Dengan Pilihan Warna Baru, Dijana Android 10

Huawei hari ini pada acara IFA 2019 telah memperkenalkan cip pemprosesan baru. Bersama-sama dengannya, mereka turut memperkenalkan variasi pilihan warna baru untuk telefon pintar Huawei P30 Pro.


Huawei P30


Pilihan warna baru ini hadir dengan gabungan variasi dua-tona pada kerangka – sekaligus mengurangkan lekapan cap jari pada kerangka belakang.


Menariknya juga untuk pengenalan variasi warna baru ini adalah ia hadir dengan sistem operasi Android 10 yang terbaru. Seperti biasa, Huawei turut menyertakan antaramuka EMUI 10 bersama-sama dengannya.


Huawei P30


Huawei mengatakan mereka akan menyertakan sejumlah ciri baru melalui kemaskini perisian, termasuk salah satunya adalah Super Night Selfie.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah variasi Huawei P30 baru ini akan memasuki pasaran tempatan.


Norlida Ishak Shop