Expired : 18.06.18

Huawei Mendaftar Tanda Dagang Huawei MatePad – Tablet Dalam Siri Mate?

Huawei Mate adalah siri peranti mercu Huawei dengan skrin besar, bateri besar dan mempunyai kamera yang hebat. Siri Mate terkini adalah Huawei Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X. Dalam siri ini, Mate 20X adalah antara yang paling besar dan kelihatan seakan tablet.


Alang-alang sudah hadir dengan Mate 20X yang besar hampir tablet, kenapa tidak hadir sahaja dengan tablet dalam siri Mate? Huawei terkini dilihat telah mendaftar tanda dagang Huawei MatePad, iaitu tablet dalam siri Mate. Tetapi in hanyalah tanda dagang dan tiada apa-apa butiran mengenai spesifikasi dan lain-lain.



Adakah ia akan menjalankan EMUI 9 seperti siri telefon pintar Mate dengan kamera yang baik serta bateri besar? Atau akan menjalankan Windows seperti komputer riba siri Mate? MWC kelak akan ada banyak peranti bakal dilancarkan oleh Huawei, mungkin kita akan lihat pengumuman pada ketika itu? Sama-sama kita nantikan.


Norlida Ishak Shop