Expired : 18.06.18

Huawei Mengumumkan EMUI 10 Berasaskan Android Q – Beta Pertama Untuk Huawei P30/P30 Pro Bulan Hadapan

Huawei hari ini telah mengadakan acara Huawei Developer Conference, dimana mereka berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan perkembangan syarikat mereka yang ditujukan untuk para pembangun. Turut disentuh ketika acara berkenaan adalah berkaitan antaramuka Android mereka tersendiri, iaitu EMUI 10.


Seperti ramai sedia maklum, EMUI telah mula menggunakan angka versi berasaskan angka versi Android. EMUI 10 adalah berasaskan kepada Android 10, iaitu Android Q.



Melaluinya, Huawei membawakan sejumlah kemaskini pada antaramuka yang menjadikannya lebih mesra pengguna, selain pada masa yang sama menawarkan prestasi yang lancar. Huawei juga kini menambah baik paparan, dan menyertakan tema gelap yang lebih baik.


Disamping itu, EMUI10 turut membawakan penambah-baikkan dari segi GPU Turbo, Turbo LINK dan sebagainya – sekaligus memberikan pengalaman lebih baik kepada pengguna.


Huawei akan mula menawarkan EMUI10 untuk sejumlah peranti mereka, dan antara yang terawal akan diuji adalah Huawei P30 dan Huawei P30 Pro. Huawei menyasarkan pengenalan versi beta untuk kedua-dua model ini menjelang 8 September 2019 kelak.


Norlida Ishak Shop