Expired : 18.06.18

Huawei Mula Menawarkan Kad NM Di Malaysia – Berharga RM298 Untuk 128GB

Bersama-sama pengenalan Huawei Mate 20 tempoh hari, salah satu inovasi baru yang turut ditawarkan oleh mereka adalah kad memori yang bersaiz lebih kecil daripada mikro-SD, dinamakan kad NM (atau turut dipanggil sesetengah pengguna sebagai nano-memori).


Kini, selain menawarkan Huawei Mate 20 Pro untuk pasaran tempatan, Huawei turut telah mula menjual kad NM ini di Malaysia. Untuk pengguna tempatan, ia ditawarkan pada harga RM298 untuk 128GB.


Huawei Mate 20 Pro


Dengan penggunaannya, anda sekaligus boleh memperluaskan storan pada telefon pintar Huawei Mate 20 Pro anda, dan tidak tertakluk kepada storan terbina semata-mata.


Buat masa ini, tiada pengeluar lain yang mengeluarkan kad NM ini. Jadi, untuk waktu terdekat ini, pengguna perlu mendapatkan kad NM ini melalui pengedar Huawei sahaja.


Norlida Ishak Shop