Expired : 18.06.18

Huawei Nova 4 Kini Boleh Dipra-Tempah Di Malaysia – Berharga RM1899

Huawei Malaysia hari ini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Nova 4. Pengguna yang membuat pra-tempahan hari ini akan menerima beberapa ganjaran menarik, dan peranti berkenaan akan mula dihantar pada 14 Februari 2019 kelak.


Huawei Nova 4


Huawei Nova 4 hadir dengan skrin 6.4-inci IPS LCD, dijana cip Kirin 970, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan kamera swafoto 25-megapixel, selain tri-kamera belakang gabungan 20MP + 16MP + 2MP. Berbeza dengan di China, model dengan kamera utama 48-megapixel tidak memasuki pasaran tempatan.


Selain daripadanya, ia turut menyertakan sokongan bateri 3750mAh, selain integrasi bicu audio 3.5mm.



Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini selain sokongan swafoto adalah rekaan skrin berlubang untuk memposisikan kamera berkenaan – sekaligus menjadikan Huawei Nova 4 sebagai telefon pintar pertama dengan sokongan skrin seumpamanya daripada Huawei.


Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini dan mendapatkannya pada 14 Februari kelak. Telefon pintar ini akan turut dijual secara rasminya di Malaysia mulai 14 Februari 2019 kelak.



Anda yang melakukan pra-tempahan hari ini turut akan menerima Bluetooth Headset dan Premium Gift Pack bernilai RM400. Huawei turut mengatakan pengguna boleh melakukan pra-tempahan di kedai rasmi Huawei seluruh negara dengan membuat deposit sebanyak RM200 – dan membayar bakinya apabila menerima peranti berkenaan kelak.


Pra-Tempah : Huawei Nova 4


Norlida Ishak Shop