Expired : 18.06.18

Huawei P20 Pro Mula Menerima Kemaskini Android Pie

Kini kini sudah di bulan Disember dan angka terkini penggunaan Android Pie bakal dikongsi oleh Google. Sehingga bulan lalu ia masih lagi di bawah 0.1%. Peratusan ini dijangka meningkat selepas semakin banyak peranti mula menerima Android Pie. Di China, pengguna Huawei P20 Pro telah mula menerimanya secara OTA.


Ini turut membawakan antaramuka baharu EMUI 9 yang sebelum ini hanya boleh ditemui pada peranti keluar Mate 20. Turut hadir menerusi kemas kini ini ialah sistem navigasi berasaskan gesture serta penambahbaikan GPU Turbo yang meningkatkan kemampuan menjalankan permua. Dengan ini pengguna P20 Pro di Malaysia juga boleh menantikan kemas kini pada peranti mereka kerana ia biasanya hadir beberapa minggu selepas China.


Norlida Ishak Shop