Expired : 18.06.18

Huawei P30 Menghasilkan Butiran Gambar Menakjubkan Dengan Teknologi Zoom Periskop

Kini Huawei kembali lagi ke arena teknologi dengan pelancaran peranti terbaru mereka, Huawei P30 menjelang penghujung Mac ini. Untuk keluaran ini, Huawei telah membawakan teknologi terbaru mereka iaitu sistem zoom periskop pada peranti yang memperlihatkan hasil gambar yang jelas tanpa kehilangan sebarang butiran khusus.


Huawei P30


Sebelum ini, Huawei telah membawa masuk beberapa peranti flagship mereka ke pasaran tempatan. Untuk siri Huawei P20, jenama ini  telah memperkenalkan penggunaan sistem tri-kamera sekaligus menjadikan peranti siri ini hadir dengan markah DxOMark tertinggi yang menandingi pesaing seperti Samsung Galaxy S9 dan Google Pixel 2. Dengan pelancaran telefon pintar Huawei P30, apakah tawaran lain pada kamera yang dapat kita lihat pada peranti ini?


Dengan penggunaan sistem zoom periskop, kemampuan zoom bagi peranti ini juga akan dipertingkatkan berbanding model terdahulu. Hasilnya, gambar yang dihasilkan akan kelihatan lebih tajam berbanding sistem zoom biasa. Menggunakan teknologi periskop, ia akan memantulkan cahaya kepada sensor kedua sekaligus membolehkan zoom sebanyak tiga kali ganda.



 


Pada gambar diatas, jelas dapat dilihan kesan penghasilan gambar yang baik walaupun telah menggunakan fungsi zoom periskop. Walaupun penonton berada jauh di belakang pentas, namun merakam detik-detik ini seolah-olah berada lebih dekat.


Huawei P30 ProDi akaun weibo milik CEO Huawei, beliau memperlihatkan hasil gambar supermoon yang kelihatan sangat jelas. Melalui gambar yang dikongsikan, siri Huawei P30 turut hadir dengan sokongan Leica Quad Camera. Jika benar, ia merupakan telefon pintar pertama Huawei yang menampilkan empat kamera utama pada bahagian belakang.


Menarik mengenai keluaran kali ini, anda mampu mendapatkan hasil butiran gambar yang menakjubkan walaupun anda berada di tempat atau kedudukan yang jauh dari objek. Ini adalah disebabkan penggunaan teknologi zoom terbaru siri Huawei P30 yang dilengkapi sistem tri-kamera lengkap dengan kamera ToF untuk mengimbas dunia secara 3D. Teknologi kamera ToF ini akan menentukan jarak di antara kamera dan objek berdasarkan kedudukan kedua-dua medium. Dengan ini, impak gambar yang diambil dapat menghasilkan warna dan butiran objek yang sebenar dan jitu.



Telefon pintar siri Huawei P30 hadir dalam menampilkan butiran-butiran khusus pada gambar dalam pelbagai situasi iaitu sewaktu di pencahayaan terang atau gelap serta termasuk ketika anda berada di konsert atau lokasi tertutup. Jadi, kita dapat lihat bahawa dengan sokongan sistem teknologi zoom dan lensa yang baik, ia dapat menghasilkan gambar dengan jarak yang sangat dekat tanpa menjejaskan kualiti gambar.


Dan jika anda ingin melihat sendiri kualiti fotografik dari kerjasama Leica dan Huawei, anda boleh melihat siri-siri terdahulu dari Huawei. Huawei Mate 20 Pro yang terkini turut membawakan hasil fotografi yang mengagumkan terhasil dari kombinasi tiga lensa.


Baca info lebih lanjut: Huawei Mate 20 Pro


Untuk pelancaran siri Huawei P30 di Malaysia kelak, Huawei juga telah mengumumkan mengenai Huawei Backup. Huawei hadir dengan cakera keras luaran dengan saiz sebesar 1TB yang boleh digunakan untuk penyimpanan data secara manual atau automatik pada telefon pintar anda. Menurut Huawei, cakera keras ini akan diberikan secara percuma sewaktu pelancaran Siri Huawei P30 untuk pasaran tempatan.


HUAWEI Backup


Jadi, Huawei P30 ini merupakan sebuah telefon pintar yang hadir dengan teknologi zoom terkini yang mampu menghasilkan kualiti gambar yang sangat memuaskan. Anda dapat merasai pengalaman fotografi yang baik tanpa menjejaskan butiran akhir pada gambar sekaligus dapat menandingi peranti kelas pertama yang lain. Oleh itu, mari kita nantikan butiran lanjut mengenai spesifikasi lain Huawei P30 ketika pelancarannya pada 26 Mac kelak.


Penafian: Advertorial Dari Huawei Malaysia


Norlida Ishak Shop