Expired : 18.06.18

Huawei P40 Mungkin Dijual Dengan Harga Yang Lebih Rendah Berbanding P30

Berbaki dua bulan sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi siri P40 daripada Huawei, nampaknya rekaan bagi model ini seperti bukan rahsia lagi berdasarkan beberapa gambar yang tertiris sebelum ini.


Pada kali ini, laporan daripada Gizmo China pula mendedahkan Huawei bakal menawarkan siri P40 dengan harga yang lebih rendah berbanding harga penjualan siri P30 sebelum ini.



200117-huawei-p40-pro-00

Sumber: Soya Cincau



Untuk pengetahuan, harga penjualan siri P dilihat semakin meningkat setiap tahun sejak mula diperkenalkan namun perkara yang sebaliknya ditawarkan Huawei pada kali ini.


Difahamkan harga penawaran yang lebih rendah ini mampu dilakukan kerana Huawei tidak lagi perlu membayar sebanyak $40 (~RM163) kepada Google untuk menyertakan servis dan aplikasi daripada syarikat tersebut.


149828-phones-feature-huawei-p40-and-p40-pro-what-we-want-to-see-image1-wpxxftevnb

Sumber: Pocket-lint



Penurunan harga ini sekaligus bakal membuatkan jenama Huawei tampil lebih kompetitif dan menarik perhatian pengguna ditambah pula laporan penawaran tujuh kamera pada model Huawei P40 Pro.


Buat para peminat, anda sememangnya tidak perlu risau dengan ketiadaan servis daripada Google kerana anda berpeluang memuat turunnya secara manual. Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi bagi model terbaru keluaran Huawei ini. Sama-sama kita nantikan kemunculannya yang bakal dilancarkan di Paris pada Mac ini.


Ketahui lebih lanjut mengenai rekaan Huawei P40 Pro yang tertiris sebelum ini.



Rekaan Sebenar Huawei P40 Pro Diperlihatkan





Rekaan Huawei P40 Pro Sekali Lagi Tertiris