Expired : 18.06.18

Huawei : Pengeluaran Peranti Adalah Seperti Biasa, Tiada Sebarang Perubahan

Beberapa minggu lepas, Huawei telah menerima sekatan perdagangan daripada pihak Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan pelbagai syarikat menghentikan penawaran teknologi kepada pihak Huawei. Lanjutan daripada, pelbagai perkara telah berlaku, termasuk Huawei memfailkan usul di mahkamah untuk menentangnya.


Selari dengannya juga, beberapa hari lepas, telah hadir laporan mengatakan yang mana Huawei mula mengurangkan pengeluaran peranti mereka di Foxconn untuk sementara sehingga masalah ini selesai.



Bercakap mengenainya, pihak Huawei memberikan kenyataan rasmi kepada Amanz, mengatakan tiada perkara sedemikian yang berlaku. Pengeluaran peranti adalah pada tahap normal buat masa ini.


Pengumuman ini juga selari dengan langkah pihak Huawei yang turut mengumumkan penawaran beberapa peranti baru pada peringkat global, dan juga untuk pasaran tempatan.


Beberapa spekulasi sebelum ini turut mengatakan yang mana permintaan peranti Huawei masih tinggi, dan pertelingkahan perdagangan tidak memberikan kesan terhadapnya buat masa ini.


Sekiranya hal ini berterusan, maka kita mungkin akan melihat Huawei meneruskan hasrat mereka untuk menjadi pengeluar peranti nombor satu dunia dalam setahun dua lagi.


Norlida Ishak Shop