Expired : 18.06.18

Huawei: Tiada Pengeluar Lain Boleh Kalahkan Kehebatan Kamera Huawei P20 Pro

Xiaomi Mi Mix 3 baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Pada acara pelancaran tersebut CEO Xiaomi, Lei Jun mengatakan konfigurasi kamera Mi Mix 3 adalah lebih hebat dari Huawei P20 Pro. Tetapi sayang sekali, markah DXOMark mereka masih di belakang P20 Pro.



Huawei P20 Pro masih memegang takhta DXOMark dengan markah tanda aras kamera 109. Manakala, Xiaomi Mi Mix 3 hanya menerima 103. Sejurus selepas itu, Ketua Kksekutif Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei – Richard Yu Chengdong mengatakan tiada pengeluar telefon pintar lain yang boleh mengatasi Huawei P20 Pro dalam masa terdekat, kecuali Huawei sendiri.


Huawei P20 Pro


Sejujurnya kami di Amanz juga berasa begitu. Kamera Huawei P20 Pro, lebih-lebih lagi hasil lowlight masih lagi antara yang terbaik. Tetapi dari segi perisian, prestasi, masih terdapat pilihan lain yang hebat. Anda pula bagaimana, adakah Huawei P20 Pro masih peranti harian anda atau sudah bertukar kepada jenama lain?


Norlida Ishak Shop