Expired : 18.06.18

HUAWEI Y6P Dilancarkan, Cuma RM559. Gaya, Skrin & Bateri Semuanya BESAR

Apabila ingin membeli sebuah smartphone, apakah 3 perkara utama yang perlu ditekankan?



  1. Bateri yang besar

  2. Skrin yang besar

  3. Gaya rekaan yang besar & menarik


Ketiga-tiga faktor ini amat penting untuk kita menikmati pengalaman menggunakan telefon pintar yang TERBAIK. Untuk makluman anda, HUAWEI Y6P yang baru sahaja dilancarkan pada harga RM559 mempunyai ketiga-tiga ciri penting ini.


huawei y6p


Bateri Berkapasiti Besar


Hadir dengan kapisiti bateri 5,000mAH, HUAWEI Y6P membolehkan anda keluar rumah sepanjang hari tanpa risau bateri akan habis. Berdasarkan satu ujikaji menggunakan HUAWEI Y Series (Y9s) yang menggunakan bateri 4,000mAH, kita boleh melayari Internet selama 10 jam, bermain game selama 9 jam atau mendengar muzik sepanjang hari. Jadi bayangkanlah kelebihan, kehebatan dan ke”power”an HUAWEI Y6p yang menggunakan bateri 5,000mAh. Confirmlah lagi lama!!!


huawei y6p battery


Dengan bateri 5,000mAh ini, anda tak perlu bazirkan masa mengecas bateri ketika mengambil gambar/video sepanjang sambutan Aidilfitri kelak apabila menggunakan HUAWEI Y6p. Bukan itu sahaja, telefon pintar ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu iaitu Emerald Green, Phantom Purple dan Midnight Black sesuai untuk digayakan dengan apa jua OOTD hari raya anda. Confirm anda akan bertambah cun melecun di samping telefon pintar ini.


Skrin Besar


Buat anda yang suka bermain game atau menonton drama Korea di telefon, jangan risau kerana HUAWEI Y6p hadir dengan skrin “Dewdrop Display” sebesar 6.3 inci. Ia mempunyai 88.4% screen-to-body ratio yang akan memberikan anda kepuasan apabila melakukan aktiviti kegemaran anda.


Rekaan Besar


Ha, bab rekaan ini bukan calang-calang hebatnya HUAWEI Y6P walaupun harganya sekadar RM559 sahaja. Dengan kamera belakang 13MP, anda boleh mengambil gambar seisi keluarga sempena Aidilfitri ini tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, kamera selfie 8MP memudahkan untuk anda melakukan video call berkualiti tinggi untuk sanak-saudara yang tidak dapat pulang berhari raya. Nak buat video TikTok pun no problem. Suka hati koranglah.


sample shots of huawei y6psample shots of huawei y6p


HUAWEI Y6p turut hadir dengan storan memori sebesar 64GB untuk memudahkan kita mengimbau kembali kenangan dengan menatap segala gambar dan video yang dirakamkan. Bukan itu sahaja, siap ada storan awan 15GB percuma selama 12 bulan sebagai tambahan. Tak cukup lagi tak tahulah.


Selain itu, kesemua telefon pintar HUAWEI juga mempunyai AppGallery yang semakin hari semakin dipertingkatkan mutunya. Banyak applikasi-applikasi penting seperti Maybank2u, RHB Bank, Shopee, Lazada, Facebook dan macam-macam lagilah boleh diakses serta dimuatturun menerusi AppGallery ini.


huawei app gallery


Untuk makluman, AppGallery HUAWEI dilindungi dengan 4 lapisan perlindungan untuk memastikan kita selaku pengguna selamat sepenuhnya.


huawei app gallery


Perkara yang paling best tentang HUAWEI AppGallery ini ialah kita sentiasa berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran. Last but not least, kesemua applikasi seluruh dunia boleh dimuatturun menerusi AppGallery, berbanding dengan sesetengah applikasi yang hanya boleh dimuatturun mengikut benua/negara sekiranya anda menggunakan Google. Senang cakap, AppGallery adalah lebih selamat, lebih ganjaran dan lebih storan.


huawei app gallery


Walaupun HUAWEI sedang berusaha keras untuk memenuhi AppGallery dengan lebih banyak applikasi, kadangkala ada pengguna yang ingin menggunakan applikasi yang masih belum ada di dalamnya.


Jangan risau sebab ada cara penyelesaiannya. Hanya perlu muatturun applikasi FindApps di AppGallery dan anda boleh cari applikasi seperti Grab, Facebook, Telegram dan sebagainya menggunakannya. Mudah kan? Anda boleh baca lebih lanjut tentang AppGallery ini di SINI


huawei app gallery


Tunggu apa lagi?


Tiada lagi alasan untuk anda tidak mendapatkan HUAWEI Y6p. Dengan harga serendah RM559, anda bakal mendapat telefon pintar yang lebih BESAR nilainya. Nak lagi best? Dapatkannya sekali dengan HUAWEI Matepad T, HUAWEI Band 4 Pro dengan bayaran RM3.69 sehari di SINI . Boleh la layan movie dengan MatePad T dan bersenam dengan lebih efektif bersama Band 4 Pro.



Anda juga boleh menebus ganjaran storan awan percuma selama 12 bulan, 1 bulan langganan percuma untuk HUAWEI Video dan VIU apabila menjadi pemilik HUAWEI Y6p ini. Penebusan boleh dilakukan bermula 25 Mei. Siapa cepat dia dapat!


Bersempena bulan Ramadhan ini, HUAWEI juga mempunyai tawaran istimewa untuk kesemua produk baru mereka bermula 16 Mei 2020, tak kira sama ada telefon pintar, laptop, pembesar suara dan macam-macam lagi. Anda boleh membawa pulang pelbagai hadiah PERCUMA sekiranya membeli menerusi tawaran ini. Memang macam-macam ada. Boleh check it out di sini.


Atau kalau anda memang nak beli HUAWEI Y6p sahaja, boleh dapatkannya di laman rasmi Huawei. Maklumat lanjut di laman rasmi HUAWEI Y6p Selamat bergaya!!!


P.S: Ha, ada satu lagi telefon pintar baru HUAWEI iaitu Y5P yang berharga cuma RM359 sahaja. Kalau nak jimat bolehlah beli yang nie.