Expired : 18.06.18

Hubungan Kami Masih Seperti Biasa – Tunang Intan Najuwa

Tindakan pelakon Intan Najuwa memadam foto dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya, Razrul Anwar Rusli mencetuskan pelbagai spekulasi. Ramai yang tertanya- tanya apakah status hubungan pasangan ini, adakah sedang bergolak gara-gara foto kontroversi Intan bermesra dengan Zul Ariffin.


intan najuwa tidak hormat tunang


Bagaimanapun, Razrul ketika dihubungi pihak media enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan Intan itu dan hanya memberitahu hubungan mereka masih lagi baik.


Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami.


intan najuwa padam foto tunang


Terdahulu, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut. Dapat lihat Intan didukung Zul dalam keadaan mengghairahkan ibarat pasangan bercinta “lemas” dalam asmara.


Setakat ini, Intan dan Zul masih lagi mengunci mulut dan tiada kenyataan lanjut berhubung foto berkenaan.


Sumber Berita : Harian Metro


Norlida Ishak Shop