Expired : 18.06.18

HYBRID HR FOSSIL, PANTAU GAYA DAN KESIHATAN ANDA!

Perlukan jam tangan yang menawarkan gaya dan pada masa yang sama memantau kesihatan anda. Ya, kini anda tidak perlu bersusah lagi! Fossil memperkenalkan Hybrid HR pada rangkaian jam tangan pintarnya. Peranti baru ini dilengkapi dengan pemantau berterusan dan pengesanan kadar jantung serta bateri yang boleh bertahan selama dua minggu dan lebih.



Tambahan baru pada kategori jam tangan pintar hybrid ini menawarkan pengguna maklumat penting dengan hanya sekilas pandang dengan penambahan pengesanan kadar jantung. Terima kasih kepada paparan kuasa yang lebih efisien, pengguna boleh melihat perkembangan terkini tentang hari mereka sambil menikmati rekaan tradisional jam tangan tersebut.



Menampilkan ciri panggilan, teks, kadar denyutan dan pengesanan latihan, cuaca dan banyak lagi membolehkan pengguna melakukan semuanya melalui jam tangan pintar dengan lebih daripada dua minggu hayat bateri dengan sekali pengecasan. Antara ciri-ciri hebat yang ditawarkan adalah:



  1. Jam tangan ini menggabungkan jam tangan mekanikal dengan paparan bulat dinamik untuk melihat mesej dan makluman aplikasi serta maklumat kontekstual seperti kemas kini cuaca, zon waktu kedua dan banyak lagi.

  2. Memaparkan statistik kesihatan seperti kadar denyutan jantung, langkah yang diambil, kalori dan masa aktif, juga membolehkan pengguna menyimpan data latihan, menjejaki masa tidur dan mengukur kemajuan sepanjang masa.

  3. Dengan semua ciri diaktifkan, Hybrid HR boleh bertahan selama dua minggu atau lebih dengan sekali caj.



Ciri lain termasuklah:



  • Sesuai dengan iPhone 5 dan iOS10 + dan AndroidTM OS 5.0+

  • Mod latihan

  • Auto-masa

  • Zon waktu kedua

  • Kawalan muzik

  • Notifikasi aplikasi

  • Cuaca

  • Penggera

  • Jam randik

  • Pemasa

  • Lampu hadapan untuk suasana gelap

  • Kalis air

  • Accelerometer

  • Pengecasan cepat (60 minit hingga 100 peratus)

  • Sambungan Bluetooth®


Kesemua peranti Hybrid HR ini mempunyai pilihan tanpa had untuk jam tangan yang lebih peribadi termasuk tali jam yang boleh dipilih antara kulit, silikon atau keluli tahan karat. Dijual pada harga bermula RM969. Dapatkannya satu hari ini!


The post HYBRID HR FOSSIL, PANTAU GAYA DAN KESIHATAN ANDA! appeared first on Glam Lelaki.