Expired : 18.06.18

"I'm Just Proud To Be Her Sister" - Puji Athisha Khan Bila Tengok Kakaknya, Neelofa ...




Amri Hassan



Hiburan


Selepas tular kisah keperibadian Neelofa dan wajah tanpa solekannya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini, adik perempuannya, Athisha Khan turut berkongsi pandangannya sendiri.

BACA: Pembantu Peribadi Dedah Sikap Neelofa, Rupa-Rupanya ...

BACA: "I Percaya Bidadari Itu Wujud" - Peminat Puji & Tertarik Dengan Wajah Neelofa Tanpa Solekan

Memuji sikap Neelofa yang tidak suka menunjuk-nunjuk, Athisha menyifatkan Neelofa punyai hati yang murni.

"What people don't see or choose not to see. Kak Neelofa's PA posted this.

"She has a heart of gold, ya Allah. I know this might be hardly even anything to some people but I'm just proud to be her sister.

"She asks for nothing back. From anybody. Ever," tulis Athisha.
 


What people don’t see or choose NOT to see. Kak Neelofa’s PA posted this. She has a heart of gold, ya Allah. I know this might be hardly even anything to some people but I’m just proud to be her sister pic.twitter.com/ym2o7uEN9g


— Athisha Khan (@ashishakhan) June 12, 2019


Athisha turut meletakkan foto yang diambil daripada paparan skrin Instagram pembantu peribadi Neelofa ketika pengacara MeleTOP itu sedang khusyuk mengaji.

Sikap Neelofa yang jarang dipertontonkan kepada khalayak itu mendapat pujian netizen.

Malah, ada yang memuji tindakan Neelofa yang tidak terlalu kerap berkongsi perkembangan sepanjang berada di Makkah berbanding selebriti lain.

"Lagi suka Lofa ni sebab dia pergi umrah not 24/7 on phone post update. Berbanding public figure biasanya every hour akan ada posting," tulis @haziqal_akil.

"Orang macam ni memang tak payah tunjuk or canang dia macam mana. Yang rapat dengan dia je dapat tahu what type of person she really is," tambah @yellllll_.

"Tapi still tak faham kenapa orang tak suka dia dan ada some yang kata dia sombong, suka buat muka bagai," tulis !shdsoeid.


Norlida Ishak Shop