Expired : 18.06.18

Iblis Sedang Berseronok Dengan Rakyat Malaysia Yang Kena ‘Game’ Atas Kehilangan Acap

Hanif Ahmad atau lebih disenangi dipanggil Coach Hanif adalah salah seorang sukarelawan dalam pencarian peserta Gopeng Ultra Trail Muhammad Ashraf Hassan atau rakyat lebih mengenali beliau sebagai Acab.


Sudah 15 hari Muhammad Ashraf Hassan, peserta Gopeng Ultra Trail tidak ditemui. Bermacam macam spekulasi dan cerita yang keluar dan kebanyakkannya ada unsur unsur mistik.Bermacam macam usaha juga telah dijalankan.


Pihak SAR dan orang awam telah ramai datang membantu. Ustaz ustaz dan pengamal perubatan dan juga pencari paranormal (mistik) juga turut membantu tetapi setakat ini masih lagi acab tidak dijumpai.


Hari ini ( Sabtu ) operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, 29, diteruskan hari ini di kawasan sekitar Gua Tempurung membabitkan 22 anggota termasuk empat pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.


Saya Bukan Mencari Acab Sahaja ..


Saya bukan cari mangsa(Acap) sahaja, tapi ‘cari’ rakyat Malaysia yang terlalu taasub & terpesong AKIDAH kerana asyik ikuti perkembangan Acap sehingga percaya dengan pengamal yang viral, dengan geng ‘bulat² gambar’, tilik menilik yang dilarang oleh islam.


Dan yang paling sedih ialah pengamal²(ustaz/perawat/bomoh) yang mengaku boleh berinteraksi dengan alam ghaib sedangkan semua ini DILARANG & TAKDE dalam islam.


Manusia dilarang berinteraksi dengan alam ghaib


Sila bukak kitab Tauhid & Feqh belajar bab ‘خوارق العادات'(bab manusia diberikan kelebihan oleh Allah). Search Tuan Guru Google takkan jumpa, tapi search kitab & ulama!


Bukan dengan berpandukan ilmu ghaib yg kita belajar dalam mimpi, atau ‘menurun’ keturunan, dan jin pendamping kita & pengalaman kita main(rawat) hantu 24 jam. Dan satu lagi yang ramai ’tilik’ atau ‘nampak’ adalah dari kalangan ex mangsa gangguan sama ada sihir saka santau etc.


9 dari 10 jin adalah kaki kelentong (TIPU)


Anda bukan tilik sebenarnya, tapi jin dalam badan anda nak main ‘game Acap’ ni jugak sebenarnya, so janganlah bagi pandangan tersebut yang tiada asas, dosa Allah cakap dalam Quran!


اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ


“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” (All-Hujuraat: 12)


Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:


إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث


“ Jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta”
(HR. Bukhari-Muslim)


Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan


Kita perlu berpandukan Al-Quran & Sunnah! Bukan fikir logik akal dan bisikan khadam², rijalul ghaib, pembantu ghaib dan sebagainya. Iblis sedang BERSERONOK dengan rakyat Malaysia yang telah di ‘game’ oleh mereka atas isu kehilangan ini!


Walaupun iblis(jin/bunian) tu bukan tinggal di Gopeng atau gunung Gua Tempurung ni pun! Sedih, amat sedih rakyat kita masih belum betul akidah dalam dunia ghaib ini



Silakan #share perkongsian ini untuk betulkan akidah ummat islam kita yang taasub menghukum jin/bunian atas kehilangan Acap ini.


‘Hukum’ diri kita dulu, sejauh mana kita solat hajat & doa untuk dipertemukan kembali mangsa ke pangkuan keluarganya! Atau sibuk taasub follow kes ini, atau tilik yang diharamkan Allah & Nabi, atau jadi makcik, pakcik asyik potong bawang di media social ini..


Sekian, (yang mengharapkan rakyat Malaysia tidak terpesong akidah)


Dari – HANIF AHMAD – Jurulatih Gangguan Jin anda & sukarelawan yang mencari acap berpandukan Al-Quran & Hadis. – Gopeng / 6 April 2019 / 9.30pm


Rakaman Live Terbaru Ketika Coach Hanif Sertai Pencarian Acab Hari Ini ( Sabtu )



ISU ACAP – Pelbagai andaian yang timbul.. Tak tahu yg mana betul. Hati² dengan akidah anda! Tak boleh terima semua seperti diviralkan oleh pelbagai sumber


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.


Sumber : awatttsyeikh


Norlida Ishak Shop