Expired : 18.06.18

Ibrahim Ali beri amaran Perkasa akan mengamuk, hilang sabar

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulawal 1440H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memberi amaran akan bertindak sendiri, termasuk di jalanan, jika tiada usaha dilakukan bagi menjaga institusi Melayu, kata Presidennya, Datuk Ibrahim Ali.


Memetik laporan Malay Mail beliau berkata, Perkasa mempunyai penyokong yang kesabarannya semakin hari semakin nipis dalam menghadapi ancaman terhadap institusi Melayu.


“Melayu sudah hilang sabar. Hari ini hanya pusingan pertama. Selepas ini, kami tidak akan duduk diam lagi dan Perkasa akan mengamuk di seluruh negara,” katanya di hadapan penyokong di luar sebuah hotel di sini.


Perkasa mengadakan mesyuarat agung ke sembilannya hari ini serentak dengan Himpunan Jihad Perkasa, bagi menunjukkan kesatuan Melayu dalam menangani pelbagai isu berkaitan.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kepada siapa amaran itu dikeluarkan.


Menyentuh beberapa insiden yang berlaku sebelum ini, Ibrahim bercakap mengenai rusuhan yang berlaku di kuil Hindu di Subang Jaya, Isnin lalu, dan isu mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), sebagai contoh tidak memandang rendah kepada budaya dan pemerintahan Melayu.


“Apabila Adam diserang, kami masih kekal diam. Apa akan berlaku jika yang cedera itu adalah Muthu? Ah Chong? Pasti akan terjadi ledakan.


“Namun, bila Adam yang cedera, Melayu tetap bersabar. Saya kata cukuplah dengan bersabar. Cukuplah bahawa kita sahaja mematuhi undang-undang sedang kaum lain dapat dengan mudah melampaui batas,” katanya merujuk kepada anggota bomba, Muhammad Adib Muhd Kassim, yang parah diserang perusuh di kuil itu.


Dalam rusuhan itu, Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.


Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan lain pada awalnya dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara lewat malam Selasa lalu.


“Mereka berani melampau … anda memaksa kami untuk mengambil undang-undang di tangan kami sendiri dan apabila itu berlaku, jangan terkejut,” kata Ibrahim.


Terdahulu, beliau berkata, Senator P Waytha Moorthy, sepatutnya menjadi ‘menteri celaka’ bukan Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional, dan perlu meletak jawatan.


Waytha Moorthy menteri celaka bukan menteri perpaduan: Ibrahim Ali



The post Ibrahim Ali beri amaran Perkasa akan mengamuk, hilang sabar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop