Expired : 18.06.18

Ibu, anak maut kereta terbabas


KANGAR, 27 Ramadan 1440H, Sabtu -Seorang wanita dan anak perempuannya maut, manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 9, Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat di sini, hari ini.


Roshila Ishak, 39, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini manakala anaknya Nor Zahara Mohamad Fauzi yang berusia tiga tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata, dalam kejadian jam 1.00 tengah hari itu, kereta yang dipandu suami Roshila tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan mengakibatkan bahagian hadapan kereta itu remuk.


Kemalangan itu turut menyebabkan Mohamad Fauzi Fazin, 34, dan dua lagi anak mereka Nur Umaira Hasanah, 6, dan Mohamad Arif Aiman, 10, cedera parah dan dirawat di HTF, katanya kepada pemberita di sini.


Beliau berkata, ketika kejadian kereta Perodua Kelisa yang dinaiki keluarga itu dari arah Kangar ke Simpang Empat melalui Jalan Behor Mali-Sungai Berembang.


Mayat dua beranak itu dihantar ke Unit Forensik, HTF untuk bedah siasat. -Bernama


The post Ibu, anak maut kereta terbabas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop