v Ibu hidap barah, Roslan Shah tolak derma Aliff Syukri
Expired : 18.06.18

Ibu hidap barah, Roslan Shah tolak derma Aliff Syukri

Roslan Shah memuji Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri yang tegas sewaktu bekerja dan sangat displin dalam mengurus syarikat. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak Laris
Roslan Shah memuji Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri yang tegas sewaktu bekerja dan sangat displin dalam mengurus syarikat. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Terlajak Laris

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Pengacara Roslan Shah menolak derma RM10,000 daripada Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri bagi merawat barah perut ibunya di tahap empat.

Roslan berkata dia menolak pemberian pengasas D’Herbs dengan cara baik dan tidak suka mengambil kesempatan walau mengenali pasangan berkenaan lebih enam tahun lalu.

Menulis di Instagram, beliau juga terpilih mengacara majlis dan bernyanyi bersama Aliff dan isteri Shahidah Mohd Rashid dalam jelajah syarikat produk kosmetik itu dua tahun berturut turut. 

“Biar Cik Lan kerja mencari rezeki. Selagi Cik Lan masih sihat dan membuat persembahan, show serta meniaga jual sambal belimbing hitam Cik Lan ya,” kata beliau.

Terharu, terkejut dan tidak percaya dengan pemberian itu, Roslan menganggap derma pasangan tersebut itu “terlalu banyak” sebaliknya sekadar memerlukan doa untuk sembuh.

Menurut Roslan, Aliff dan Shahidah menziarahi ibunya Mariam Kari pada Sabtu lalu di rumahnya, dan mengakui Aliff sebak melihat penderitaan barah perut tahap empat.

“Semoga suami isteri akan disayangi... Cik Lan perlukan doa saja bukan kerana duit. Insya-Allah rezeki ada di mana-mana,” katanya.

Roslan berkata pemberian oleh Aliff dan Shahidah itu ikhlas dan memuji cara kerja pasangan itu yang tegas sewaktu kerja dan sangat displin dalam mengurus syarikat.

“[Mereka] tidak suka orang mencuri, cakap bohong, meminta-minta dan tak suka memburuk-burukkan orang. Itulah cara datuk seri dan datin suka orang yang ikhlas, jujur dan amanah,” katanya.