v Ibu Kepada Pelakon Fazreen Rafi Meninggal Dunia Selepas Azan Asar, Al-Fatihah
Expired : 18.06.18

Ibu Kepada Pelakon Fazreen Rafi Meninggal Dunia Selepas Azan Asar, Al-Fatihah

Pelakon Fazreen Rafi memaklumkan berita sedih bersama pengikut di akaun Instagram.

Kongsi Fazren, ibunya, Sutinah Sahari telah pergi mengadap Illahi pada jam 4.44 petang, hari ini.

“Assalamualaikum. Untuk makluman mak saya Sutinah binti sahari (cik tin) telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.44pm selepas azan asar.

“InsyaAllah akan dikebumikan selepas isyak,” tulisnya ringkas.

MH mengucapkan salam takziah buat Fazren sekeluarga. Al-Fatihah.

Foto: Instagram Fazren Rafi