Expired : 18.06.18

Ibu Linda dijemput Ilahi

“Al-Fatihah. Linda sayang mak,” kata penyanyi Linda Rafar sekali gus mengesahkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, malam ini.


Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana Rafar yang memaklumkan ibunya sudah dijemput Ilahi.


“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah meninggal dunia.


“Tolong doakan mak Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagram Story sekitar jam 9.44 malam tadi.


Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Linda dan Diana tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.


Terdahulu Harian Metro melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember di Hospital Shah Alam.


Sumber: Sumber


Norlida Ishak Shop