Expired : 18.06.18

Ibu mangsa lemas harap anak dijumpai segera


KUALA TERENGGANU, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – “Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga Bari dijumpai dengan segera.”


Harapan itu diluahkan Masitah Awang, 60, ibu kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, berdekatan Pulau Warisan, dekat sini, malam semalam.


Abdul Bari dipercayai hilang selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga yang nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka tergelongsor sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut.


Difahamkan ketika kejadian jam 9.30 malam itu mangsa sedang memancing di kawasan berdekatan bersama beberapa orang rakan yang lain.


Kejadian itu turut dibantu empat orang awam yang lain, bagaimanapun mereka semua selamat naik ke darat.


Masitah ketika ditanya pemberita sama ada anak ketiga daripada lapan beradik itu bersikap ganjil sebelum kejadian, beliau berkata, tiada kejadian pelik melainkan anaknya itu ada meminta kebenaran daripadanya untuk keluar memancing bersama rakannya kira-kira jam 3 petang semalam.


“Dia jenis yang suka bergurau dengan adik beradik.. anak yang baik..nak kata bangga dengan tindakan dia semalam tu tidaklah tapi dia yakin boleh bantu orang,” katanya sebak. – Bernama


VIDEO | Pacuan empat roda terjunam ke Sungai Terengganu


The post Ibu mangsa lemas harap anak dijumpai segera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop