Expired : 18.06.18

Ibu mengandung antara empat maut dalam kemalangan

EMPAT maut termasuk ibu mengandung dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan dekat Kuala Nerus, pagi ini.


Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi.


“Sebanyak 11 anggota bersama satu jentera dan sebuah ambulan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya.


Katanya, kemalangan melibatkan kereta jenis Peugeot dan Proton Iswara Aeroback.


Kesemua mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang penumpang cedera.


“Kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.


“Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti,” katanya.


Berita lanjut menyusul


The post Ibu mengandung antara empat maut dalam kemalangan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop