Expired : 18.06.18

Ibu Presiden Indonesia meninggal dunia

JAKARTA, 30 Rejab 1441H, Rabu – Ibu kepada Presiden Indonesia, Sudjiatmi Notomiharjo, meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah.


Menurut media dan siaran televisyen tempatan, Allahyarham Sudjiatmi, 77, meninggal dunia pada 4.45 petang waktu Indonesia Barat dan punca kematiannya belum diketahui.


Jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rahman berkata Presiden Joko Widodo belum membuat sebarang pernyataan berhubung perkara itu dan kini dalam perjalanan dari Jakarta ke Solo.


Beberapa menteri Kabinet Indonesia turut mengesahkan perkara itu kepada pihak media tempatan.


Allahyarham Sudjiatmi dilahirkan pada 15 Feb 1943 di Surakarta. – Bernama


The post Ibu Presiden Indonesia meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.