Expired : 18.06.18

Ibu Sahkan Fasha Sandha Hamil

Sebelum ini pelakon Fasha Sandha pernah mengumumkan dirinya hamil selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz. Namun, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya hampir enam mingggu.


ibu sahkan fasha sandha hamil


Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ramai yang mengatakan Fasha hamil lagi selepas salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram menampakkan bahagian perutnya seolah-olah sedang berbadan dua, kelihatan seperti ada ‘baby bump’.


Meskipun Fasha tidak memberikan sebarang kenyataan berhubungan perkara itu, segala teka-teki akhirnya terjawab apabila ibunya, Hatijah Teh Man menerusi akaun Instagram mengesahkan berita tersebut ketika menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.


ibu sahkan fasha sandha hamilfasha sandha


Apa-apa pun kita tunggu sahaja sehingga tuan empunya badan bersedia untuk mengumumkan berita gembira tersebut. Doakan yang baik-baik buat Fasha dan semoga segala urusan dipermudahkan.


Sumber Berita : Media Hiburan


Norlida Ishak Shop