Expired : 18.06.18

IDC – iPad Terus Mendominasi Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2019

Pasaran tablet kembali menarik dengan pengenalan tablet yang lebih berkuasa dan menghampiri kemampuan komputer riba seperti iPad Pro. Malahan Apple merasakan tablet ialah komputer untuk generasi akan datang. Menurut angka terkini yang diterbitkan oleh IDC, iPad terus mendominasi dengan pegangan 31.4% pada suku ketiga 2019.


Mereka menganggarkan 11.8 juta iPad telah berjaya dijual oleh Apple dalam tempoh ini. Di belakang Apple ialah Amazon dengan 14.5% pasaran diikuti oleh Samsung (12.3%), Huawei (9.5%) dan Lenovo (6.7%). Berbanding suku yang sama tahun lalu, Apple, Huawei dan Lenovo berjaya menjual lebih banyak tablet.


Norlida Ishak Shop