Expired : 18.06.18

Ikat Kaki Dan Tangan Guna Pita Pelekat, Elvina Mohamad Dituduh Dera Anaknya

Benar kata orang, sekeping gambar boleh memberikan tafsiran berbeza mengikut cara pemikiran dan pandangan individu.


elvina mohamad


Niat pelakon Elvina Mohamad untuk bergurau akhirnya memakan dirinya sendiri apabila dituduh mendera anak lelakinya, Karl Mateen yang berusia lapan bulan.


Memuat naik foto kaki dan tangan anaknya diikat menggunakan pita pelekat, rata-rata netizen mengatakan perbuatan Elvina itu tidak bertimbang rasa dan seakan menganiaya anak kecil yang tidak tahu apa-apa.


elvina mohamad dera anak


Namun, Elvina tampil mempertahankan diri dan menjelaskan dia tiada niat mendera anaknya sendiri seperti yang didakwa.


Tak sangka apabila saya post gambar itu di Instagram, ia menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana dera anak. Mereka ini sangat melampau! Takkan lah saya nak dera anak saya sendiri, ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir?


elvina mohamad dera anak


Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benda yang tak betul? Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri, nak bagi anak sendiri terseksa. Saya pun pelik, saya upload  hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan isu besar.


Pada masa yang sama, Elvina tidak gentar sekiranya ada pihak yang mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia sememangnya enggan terlalu ambil pusing dan melayan isu yang tidak masuk akal.


Sumber Berita : mStar Online


Norlida Ishak Shop