Expired : 18.06.18

Imam, bilal dan AJK masjid Johor dilarang sertai aktiviti politik

PONTIAN, 9 Safar 1441H, Selasa – Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang melibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi itu berkata, larangan itu telah termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor.


“Saya mengingatkan imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Johor supaya tidak sama sekali melibatkan diri dalam apa juga kegiatan ceramah dan kegiatan parti politik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan seterusnya kerana adalah dilarang sama sekali,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai adanya aduan mengenai penglibatan segelintir ahli jawatankuasa (ajk) masjid dan surau dalam kempen politik.


Katanya, perkara itu telah pun dimaklum kepada mereka yang terlibat melalui pekeliling.


Beliau menjelaskan, sekiranya ada yang didapati melanggar larangan berkenaan, pihaknya akan mengambil tindakan serta merta seperti penarikan semula tauliah mereka sebagai imam, bilal atau ajk masjid dan surau.


Terdahulu, Tosrin menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Program Insaniah Kemasyarakatan ‘Harapan Asnaf Dengan Zakat di Masjik Jamek Kampung Penerok, di sini. – Bernama


The post Imam, bilal dan AJK masjid Johor dilarang sertai aktiviti politik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop